Wednesday, 16 February 2011

TANDA - TANDA BALIGH: ANAK ANDA SUDAH TAHU?




Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?
Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?
Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?
Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?
Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih butal dalam soal hadas besar dan baligh.
Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.
Malah, tidak pernah pun mandi wajib!
Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpin dosa.
Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.
Ustazah tak cakap!
Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.
Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.
Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.
Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.
Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelgabai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.
Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum hakam berkaitan seks?
Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.
Ikut cara Nabi (SAW) dan para sahabat
Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.
Tanggapan ini agak tempang.
Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.
Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: Aku adalah seorang yang mazza’ (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:
“Kalau mazi cukup dengan wudhu’, dan kalau mani mestilah mandi.” Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: “Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi.”
Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.
Semak pengetahuan anak
Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.
Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian. Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:
1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud ‘taklif’, ‘mukallaf’ dan juga ‘baligh’ dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.
2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.
3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.
4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.
5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.
6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.
Baligh pada hari jadi?
Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini. Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.
Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.
Selain itu, ibu bapa yang sudi berkongsi dengan anak-anak tentang ilmu berkaitan baligh ini, akan dipandang oleh anaknya sebagai seorang ibu atau bapa yang penyayang, memahami, dan senang dibawa berbincang. Jika anak itu mempunyai masalah yang agak peribadi sekalipun, dia tidak akan berasa kekok untuk berterus-terang dengan anaknya. Bahkan suatu hari nanti, dia tidak sulit untuk mendedahkan perasan hatinya termasuk dalam soal cinta. Sebaliknya, anak-anak tentunya akan sukar untuk terbuka jika ibu bapa terlalu berahsia dan enggan bercakap tentang soal baligh.
Ringkasnya, peranan ibu bapa hari ini makin mencabar. Zaman maklumat cepat sepantas kilat dan terbuka seluas lautan, memerlukan ketangkasan, keberanian dan keterbukaan ibu bapa untuk menghadapinya. Bicaralah dengan anak-anak tentang soal persediaan untuk baligh, serta tanggungjawab yang melingkarinya. Insyaallah kesungguhan ibu bapa untuk mendidik anak dalam kepayahan akan mebalas oleh Allah SWT.
Selamat berbicara dengan anak-anak!

Jan 2011

Sunday, 13 February 2011

Sejarah dan hukum sambut Maulidurrasul s.a.w



MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.
Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Wednesday, 9 February 2011

Mari Mengenali Tokoh - Terkenal di Langit,Tak terkenal di bumi



UWAIS AL-QORNI

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.

Dia adalah “Uwais al-Qorni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka mentertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya. Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-qorni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya. Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.



Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ?
Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditinggalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Tibalah Uwais al-Qorni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada Sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru. Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-qorni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-qorni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada Sayyidina Ali k.w. dan Sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”. Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah digantikan oleh Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-qorni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada Sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri sholatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! “katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu.
Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.


abu-najah.blogspot.com
Feb 2011

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin