Monday, 8 October 2012

9 ADAB PENTING SEBELUM MEMBACA AL - QURAN.



1. Disunnahkan membaca Al Qur’an sesudah berwuduk, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah. Kemudian mengambil hendaknya dengan tangan kanan ; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.
2. Disunahkan membaca Al Qur’an di tempat yang bersih seperti : di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih tapi yang paling utama adalah Masjid.
3. Disunahkan membaca Al Qur’an menghadap qiblat, membacanya dengan khusyu’ dan tenang ; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.
4. Ketika membaca Al Qur’an, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Qur’an mulut dan gigi dibersihkan lebih dahulu.
5. Sebelum membaca Al Qur’an disunahkan membaca taawudz yang berbunyi “A’udzubilla himinassyaitonirojim” sesudah itu baru “bismillahirahman nirrohim” maksudnya diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh dari pengaruh tipu daya syaitan sehingga hati dan pikiran tetap tenang untuk membaca Al Qur’an.
6. Disunahkan membaca Al Qur’an dengan tartil yaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang sesuai dengan firman Allah surat Al Muzammil [73] : 4, agar lebih banyak membari bekas dan mempengaruhi jiwa, serta lebih mendatangkan ketenangan hati dan rasa hormat kepada Al Qur’an.
7. Di dalam membaca Al Qur’an itu hendaklah benar-benar diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka.
8. Disunahkan membaca Al Qur’an dengan suara bagus dan merdu sebab menambahkan keindahan Uslubnya.
9. Ketika membaca Al Qur’an janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai batas yang telah ditentukan barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain semacamnya, ketika sedang membaca Al Qur’an karena pekerjaan yang seperti itu tidak baik dilakukan sewaktu membaca Kitab suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.

Sunday, 26 August 2012


Hukum Menziarahi Kubur dan Adab-Adabnya

Sejak akhir-akhir ini ramai pula saya terdengar insan-insan yang meninggal dunia tak kiralah dikalangan sahabat ke, kaum keluarganya ke, atau kenalan jauh. Namun, ini membuatkan saya muhasabah diri seketika dan  mengingatkan saya bahawa betapa sementaranya kita hidup didunia ini. Thah esok thah lusa, kita pula akan menyusul.

Hal ini membuatkan saya teringatkan kepada perkara seperti menziarahi kawasan perkuburan.
Apakah sebenarnya hukum menziarahi kubur? 
Adakah dibolehkan kita untuk menziarahi kubur?

Budaya Menziarahi Kubur

Dalam masyarakat Melayu Malaysia ini, menziarahi kubur ni dah menjadi kebiasaan terutamanya pada waktu perayaan Aidilfitri dan Aidiladha disamping sepanjang bulan Ramadhan. Perbuatan menziarahi kubur adalah tidak dilarang namun apa yang ditakuti adalah niat kenapa kita menziarahi kubur samada kubur saudara mara atau kubur orang lain.

Antara tujuan mengapa menziarahi kubur adalah disunatkan ialah kerana:
  • Supaya dikasihi oleh Allah swt,dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Saw 
  • Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu daritanah dan kembali semula kepada tanah
  • Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.
  • Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
  • Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid. 
  • Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia 
  • Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Hukum Menziarahi Kubur
Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam, terutama sekali menziarahi kubur kedua ibu bapa.

Sabda Rasulullah Saw:

 (Pada suatu ketika) Rasulullah Saw ziarah ke kubur ibunya, lalu Baginda menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian Baginda bersabda: “Aku memohon keizinan kepada Tuhanku untuk aku memintakan ampun bagi ibuku, tetapi permohonanku tidak diperkenankanNya. (Kemudian) aku memohon keizinan untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankanNya bagiku, kerana itu pergilah kamu menziarahi kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada kematian.
(Hadits riwayat al-Jama‘ah)

Dalam hal yang lain, Rasulullah pernah bersabda lagi:

(Pada mulanya) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, (kini) kamu ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Jadi, berdasarkan hadith ini, menziarahi kubur hukumnya adalahsunat bagi lelaki sahaja, tidaklah bagi perempuan. Daripada hadith diatas juga, dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur bagi wanita juga tidak diharamkan. Sebab kalau haram, mestilah Rasulullah Saw ada melarangnya bila dibuatkan.

Satu lagi riwayat ialah ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga pernah menziarahi kubur. Dia bertanya kepada Rasulullah Saw: “Apakah yang patut aku baca kepada mereka, (iaitu ketika melawat perkuburan)?”

Jawab Rasulullah Saw: 

Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada mukminin dan muslimin dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.
(Hadits riwayat Muslim) 

Secara ringkas, hukum menziarahi kubur bagi perempuan itu bergantung kepada tujuannya. Jika tujuannya ialah untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat, di samping dia dapat menjaga adab kesopanan dirinya, dapat menahan dirinya dari kesedihan yang bersangatan, serta aman dari segala fitnah; baik dari segi persekitaran mahupun masa berziarah, maka dalam hal ini hukumnya adalah makruh bagi perempuan tersebut menziarahi kubur.

Manakala menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur. 

Menziarahi Kubur Rasulullah Saw

Berbeza menziarahi kubur Rasulullah Saw, hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki.

Daripada Ibnu ‘Umar Ra, Rasulullah Saw bersabda: 
Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah baginya mendapat syafa‘atku.
(Hadits riwayat ad-Daraquthni)

Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia. 

Wallahualam
~Haniff Izhar~


Sumber Rujukan:- Pejabat Mufti Negeri, Brunei Darussalam


UMMUAFIQ - kalau mahukan perbincangan yang lebih detail.... layari





Tuesday, 29 May 2012

APAKAH ITU ZIHAR?



Perkara yang hendak kita perkatakan di sini ialah yang termasuk dalam rubuk munakahat iaitu mengenai hukum zihar. Dalam kita hendak mengetahui hukum zihar ini, apakah ia dibolehkan ataupun tidak. Dalam kita hendak mengetahui mengenai hukum zihar ini, marilah kita lihat dalam sepotong firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun." -Al Mujadalah:2.

Inilah ayat dari Allah SWT yang memperkatakan tentang zihar atau menyamakan isteri dengan ibu-ibunya. Perbuatan itu adalah satu perbuatan mungkar, perbuatan yang salah dan berdosa. Ada pun sebabsebab turunnya ayat ini ialah kerana satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW dalam mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa'labah telah dizihar oleh suaminya, yakni telah dikatakan oleh suaminya yang bernama Aus bin Shamit dengan perkataan, "Engkau ini adalah bagiku seperti ponggong ibuku."

Dengan kata-kata suaminya yang demikian itu, Khaulah merasa bimbang kerana menurut adat istiadat orang Arab di zaman jahiliah, perbuatan suami yang menziharkan isteri itu adalah sama hukumnya dengan menceraikan isteri. Kerana kebimbangan itu, Khaulah pun pergi mengadu kepada Rasulullah SAW tetapi di masa itu, beliau tidak mendapat apa-apa penerangan mengenainya dari Allah SWT, lantaran tidak dapat memberikan keputusan spa-spa. Kerana Khaulah terus mendesak untuk mengetahui kedudukan perkara, maka Allah SWT telah mewahyukan ayat di atas.

Allah menerangkan betapa, kalau seorang suami menziharkan isterinya atau menyamakan isterinya dengan ibu-ibu mereka sama ada ibu si isteri atau ibu si suami sendiri maka itu adalah satu perkara dosa dan salah. Namun is tidaklah jatuh kepada perbuatan cerai. Isterinya tidaklah dianggap tertalak. Walaubagaimana pun, oleh kerana perbuatan itu membawa kepada perkara salah dan dosa, maka ads hukuman-hukuman yang mesti dilakukan oleh si suami.

Bagaimanakah zihar boleh berlaku ke atas seorang isteri? Apakah rukun-rukun yang boleh menyebabkan berlakunya zihar ke atas seorang isteri itu? Adapun rukun zihar itu ads 4 perkara:
(1) Pertama, yang menziharkan isteri iaitu suami.
(2) Kedua ialah yang diziharkan iaitu isteri.
(3) Ketiga ialah orang yang diziharkan dengan isteri itu iaitu orang yang diserupakan dengan isteri itu.
(4) Keempat ialah lafaz zihar itu.

Di samping itu, syarat berlakunyg zihar ke atas seorang isteri oleh si suatni ialah, suami yang menziharkan isteri mestilah suami yang boleh melakukan talak kepada isteri. Dalam ertikata lain, isteri pada suami tadi ialah isteri yang sebenar atau isteri yang sah. Ertinya, syarat zihar ialah dari suami yang sah ke atas isteri yang sah.

Umpamanya, katalah seorang suami sudah mentalakkan isterinya dan telah tamat tempoh iddahnya. Di waktu itu si suami dulunya telah menjadi orang yang ajnabi kepada bekas isteri. Pada masa itu, kalau bekas suami itu tadi menziharkan bekas isteri maka tidak jatuh hukum zihar ke atas bekas isterinya. Jadi, orang yang menziharkan isteri, mestilah suami yang sah dan suami yang sebenarnya.Begitu juga, syarat pada isteri yang dizihar mestilah isteri yang sah jugs. Isteri yang sah ialah isteri yang boleh ditalak. Dan isteri yang sah ini ada dua jenis. Pertama ialah isteri yang belum tertalak dan yang kedua ialah isteri yang sudah talak tetapi masih dalam talak raj'ii iaitu isteri dalam iddah. Bagi isteri dalam 'iddah kalau sekiranya suami melakukan lafaz zihar, hukumnya berlakulah zihar ke atas isteri itu.

Kemudian orang-orang yang diziharkan dengan isteri oleh si suami atau orang yang diserupakan oleh suami dengan isterinya, pertamanya ialah ibu-ibu iaitu sama ada ibu si isteri ataupun ibu suami. Sepertimana yang berlaku kepada Khaulah yang menjadi sebab turunnya syat zihar, dia telah disamakan oleh suaminya dengan ibu suaminya. Zihar yang berlaku ke atas Khaulah ialah apabila suaminya Aus melafazkan kata-kata yang menyerupakan Khaulah dengan ponggong ibunya (Aus). Dengan lafaz kata-kata yang menyerupakan seorang isteri sepertimana bahagian anggota ibu-ibu mereka sama ada ibu isteri itu sendiri atau ibu suaminya, maka berlakulah ziharkan ke alas isteri. Apa saja bahagian anggota ibu-ibu mereka yang diserupakan, maka telah berlakulah zihar.

Selain daripada ibu-ibu, zihar juga boleh berlaku apabila si isteri disamakan dengan orang-orang yang muhram kepada suami iaitu perempuan-perempuan yang diharamkan nikah bagi suami. Mereka-mereka itu ialah ibu kepada suami, ibu kepada ibu iaitu nenek, kemudian anak perempuannya, cucu perempuannya, saudara perempuan kepada suami sama ada saudara seibu sebapa atau saudara seibu saja atau saudara sebapa saja, kemudian emak saudara si suami sama ada emak saudara sebelah ibu suami atau emak saudara di sebelah bapa suami. Ini sajalah muhram suami yang mana kalau dia menyerupakan isterinya dengan mereka-mereka itu, akan berlakulah zihar ke atas isterinya.

Lain daripada yang disebutkan itu, walaupun mereka diserupakan dengan isterinya zihar tidak boleh berlaku. Kalau kita sorot turunan-turunan yang menjadikan muhram kepada seseorang itu, peringkat yang akhir sekali tamat pada ibuibu saudara serta bapa-bapa saudara. Anak kepada ibu-ibu saudara serta bapa-bapa saudara sama ada di sebelah pihak ibu ataupun di sebelah pihak bapa, mereka bukan muhram lagi. Mereka-mereka ini, dalam istilah kita ialah sepupu-sepupu. Dalam ertikata yang lain, sepupu-sepupu adalah orang-orang yang bukan diharamkan nikah. Ertinya, hendaklah kita faham bahawa dengan sepupu-sepupu, antara lelaki dengan perempuan mesti ads hijab yakni tidak boleh bergaul bebas serta tidak boleh mendedahkan aurat.

Maka itu, hendaklah kita ingat bahawa perempuan-perempuan yang menjadi muhram kepada suami adalah amat dilarang menyamakan mereka-mereka dengan isterinya. Kalau dia menyamakan mereka dengan isterinya, maka akan berlakulah zihar ke alas isterinya. Kemudian, hendaklah kita ingat lagi juga bahawa perempuan-perempuan yang dikatakan muhram dengan seorang suami itu dengan cara yang tersebut di atas ianya adalah dengan jalan nasab atau dengan cara keturunan. Keturunan sebelah ibu dan ayah hinggalah kepada nenek ke atas. Juga keturunan sebelah ibu dan ayah hinggalah kepada emak-emak saudara. Kemudian ialah anak-anak suami isteri atau anak-anak suami saja (anak tiri isteri) atau anak-anak isteri saja (anak tiri suami) anak-anak kepada saudara suami ataupun saudara isteri (anak saudara). Sementara itu, ads jugs jalan-jalan lain yang membawa kepada berlakunya hubungan muhram dengan seseorang itu. Ini bukan dengan jalan nasab atau keturunan tetapi adalah dengan jalan susuan.

Muhram yang berlaku melalui susuan ini ialah apabila seorang anak itu menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya. Perempuan itu menjadi ibu susuannyayang diharamkan nikah baginya. Yang demikian, zihar ke atas seorang isteri juga boleh berlaku apabila seorang suami itu menyerupakan isterinya dengan ibu susuannya.

Selain dari ibu susuan, nasab ibu susuan hingga kepada ibu kepada ibu susuan ke atas, juga adalah muhramnya. Seterusnya, anak-anak ibu susuan juga adalah muhramnya iaitu anak-anak ibu susuan adalah menjadi adik beradik susuannya. Semua mereka itu tidak boleh diserupakan dengan isterinya. Kalau diserupakan, maka akan berlakulah zihar ke atas isterinya.

Muhram juga boleh berlaku melalui nikah. Apabila seorang lelaki itu menikah seorang perempuan, ibu kepada isterinya menjadi ibu mertuanya. Kedudukan ibu mertua kepada suami adalah seperti ibunya juga. Ibu mertua adalah muhram suami yang diharamkan nikah.Kalau sekiranya seseorang itu ada mempunyai 3 atau 4 isteri, maka dia mempunyai 3 atau 4 mertua. Begitu juga, kalau dia berkahwin tetapi telah diceraikan isterinya, ibu mertuanya kepada isteri yang diceraikan itu tetap muhramnya dan diharamkan nikah baginya. Ibu-ibu mertua ini tidak boleh sama sekali diserupakan dengan isteri-isteri kita walaupun ibu mertua kita itu bukan ibu kepada isteri kita. Umpamanya, kita serupakan isteri kits dengan ibu mertua kits dari isteri yang lain. Dengan berbuat demikian, kita telah menziharkan isteri kita.

Seterusnya muhram boleh berlaku melalui perkahwinan bapa dengan seorang perempuan. Perempuan itu menjadi ibu tiri kita. Mana-mana perempuan yang menjadi ibu tiri kita, dia adalah muhram dan haram dinikahi. Kalau sekiranya kita serupakan isteri-isteri kita dengan ibu-ibu tiri kita, maka akan berlaku zihar. Cuma, zihar ke atas seorang isteri apabila diserupakan dengan emak tiri di sini ada syaratnya. Iaitu, seorang suami itu mestilah telah beremak tiri sebelum dia lahir lagi. Emak tiri yang itu saja, apabila diserupakan kepada isterinya, berlaku zihar. Lain-lain emak tiri yang berlaku setelah dia lahir, kalau diserupakan dengan isterinya, itu tidak berlaku zihar.

Mudahnya ialah begini. Katalah si A, bapanya berkahwin dengan seorang perempuan sebelum dia lahir. Lahir-lahir saja dia ke dunia, bapanya sudah ada seorang isteri lain yang bererti dia sudah ada emak tiri. Dengan emak tiri itu, kalau dia serupakan isterinya, maka berlakulah zihar. Tetapi, katalah setelah dia lahir, bapanya kahwin seorang perempuan. Perempuan itu jadi emak tirinya setelah dia ada. Emak tiri itu, kalau dia serupakan dengan isterinya, tidak berlaku zihar. Jadi, zihar ke atas isteri, apabila diserupakan dengan emak tiri, ada dengan syarat-syaratnya. Tidak semua emak tiri, apabila kita serupakan dengan isteri kita, ia berlaku zihar.

Seperkara yang perlu kita ingat dalam soal ernak tiri ini ataupun bapa tiri ini, sabitnya muhram begini hanya setelah bapa kita bernikah dan bersama dengan isterinya yang menjadi ibu tiri kita itu. Begitu jugalah kalau emak kita, mungkin setelah diceraikan oleh bapa kita atau kematian bapa kita, dia berkahwin lain, menjadikan orang laki-laki itu bapa tiri kita. Apabila setelah bersama ibu kita dengan suaminya yang menjadi bapa tiri kita itu, barulah berlaku muhram.Maka itu, dapatlah kita fahamkan di sini bahawa seorang bapa tiri atau seorang ibu tiri itu adalah muhram kepada anak-anak isteri atau anak-anak suami. Jadi, bapa tiri dengan anak tiri atau ibu tin dengan anak tiri, masing-masing haram nikah, tidak haram bersentuh kulit, auratnya adalah dari lutut hingga ke pusat. Hal ini amat penting disedari oleh umat Islam, kerana disebabkan kejahilan, banyak berlaku perkara-perkara yang melanggar syariat di antara seorang ayah tiri dengan anak tiri di akhir-akhir ini. Padahal, anak tiri kepada seorang ayah tiri adalah muhramnya, sepertimana anak-anaknya sendiri. Cuma ikatan ini adalah muhram ambil-ambilan. Walaupun muhram ambil-ambilan antara anak tiri dengan ayah tiri ataupun antara anak tiri dengan ibu tiri, muhram ini tetap kekal selama-lamanya. Hatta, sekiranya ibu kita sudah bercerai dengan ayah tiri itu ataupun ayah kita sudah bercerai dengan ibu tiri kita itu, ayah tiri ataupun ibu tiri kita tetap menjadi muhram kita selamalamanya. Ertinya, haram nikah buat selama-lamanya.

Beginilah kedudukan syariat Islam. Berlakunya ayah tiri apabila saja ibu kita berkahwin dengan seorang laki-laki setelah ibu kita itu berpisah dengan bapa sebenar kita. Muhramnya ayah tiri kita itu ialah setelah saja ibu kita bersama dengannya setelah nikah. Begitu jugalah berlakunya seorang ibu tiri ialah setelah ayah kita bernikah dan bersama dengan perempuan yang dinikahinya. Yang demikian ayah tiri dengan anak tiri atau ibu tiri dengan anak tiri telah menjadi muhram selama-lamanya.

Muhram selama-lamanya ini adalah sama juga bagi ibu mertua. Apabila kita telah mengambil seorang perempuan menjadi isteri atau mengambil seorang lelaki menjadi suami, hubungan kita dengan ibu dan ayah isteri kita atau suami kita (ayah mertua dan ibu mertua) adalah hubungan muhram. Muhram yang terjadi ini adalah selama-lamanya, walaupun sekiranya isteri atau suami sudah berpisah. Ertinya, ayah mertua atau ibu mertua adalah muhram seseorang itu selama-lamanya sama ada suami dan isteri masih bersama ataupun setelah berpisah.

Seterusnya dalam kita memperkatakan mengenai zihar ini, setiap zihar itu adalah disyaratkan pada lafaz iaitu lafaz yang memberi faham kepada zihar itu sama ada dengan sarikh atau kinayah atau sindiran. Ertinya, untuk berlakunya zihar, lafaz yang memberi faham kepada zihar itu, boleh berlaku sama ada dengan dengan lafaz
sindiran.

Adapun lafaz yang membawa kepada zihar ke atas isteri ini amat mudah berlaku kerana pada kebanyakan manusia, talian keturunan lazimnya membawa kepada persamaan rupa dan juga sedikit-sedikit keserupaan perangai. Seorang anak yang lahir, ada saja bentuk-bentuk persamaan yang dibawanya daripada ibu dan ayah ataupun daripada datuk neneknya. Boleh jadi bibimya serupa dengan bibir ibunya. Atau boleh jadi mukanya mirip muka ibunya. Dan begitulah seterusnya, kadang-kadang ada saja bentuk-bentuk rupa yang membawa kepada persamaan. akibat daripada ini, kadang-kadang bila seseorang itu melihat isterinya, lebih-lebih lagi di awal-awal perkahwinan, akan ada nanti yang membawa hatinya berkata, "Hidung isteri aku ini macam hidung emaknya."
Manakala hati kita baru berkata demikian, tidaklah apa-apa. Belum berlaku zihar kerana syarat zihar itu ada lafaz. Tetapi di masa-masa yang lain nanti, manakala ada satu-satu hal yang berlaku, akan terkeluar dan mulutnya, "Hidung engkau ini macam hidung emak." Ketika itu telah jatuh hukum zihar.

Jadi, sebagai suami kenalah berhati-hati benar bila melihat anggota tubuh isteri kita. Kalau ada rupa-rupa yang membawa kepada persamaan dengan ibunya atau dengan neneknya atau dengan emak saudaranya dan lain-lain muhram suami, jangan sekali-kali dilafazkan dengan mulut. Kalau ada kata-kata itu di dalam hati, biar saja ia di dalam hati. Jangan dikeluarkan. Kalau kita lafazkan, maka akan berlaku zihar ke atas isteri kita. Dan lafaz yang seperti ini ialah lafaz yang nyata.

Lain-lain lafaz nyata yang membawa kepada zihar ialah seperti, kita mengatakan kepada isteri kita, "Kepala awak ini sama macam kepala ibuku." Atau, "Mata awak ini macam mata kakak aku." Atau, "Belakang awak ni macam belakang nenek aku." Kalau kata-kata yang demikian telah kita lafazkan kepada isteri kita, maka telah berlakulah zihar atau dengan kata-katayang lain, kita telah menzihar isteri kita. Kemudian, yang dikatakan lafaz
perkataan yang membawa erti zihar itu ialah kata-kata yang menyerupakan seluruh anggota badan isteri kita dengan anggota badan orang-orang yang muhram suami, seperti mulut, mata, kepala, hidung, telinga, bibir, tangan, perut, pusat, kaki dan sebagainya. Tetapi anggota-anggota yang menjadi perhiasan seperti janggut, misai, rambut dan sebagainya, kalau diserupakan, ia tidak termasuk zihar. Tentulah janggut atau misai, tidak ada pada wanita tetapi, kalau sekiranya ada, wajib dibuang. Selain dari itu, anggota batin seperti jantung, had, akal, air mata, air liur, peluh dan sebagainya, kalau disebut, ia tidak termasuk dalam lafaz zihar.

Demikianlah perkara-perkara yang menjadi syarat-syarat atau rukun dalam menjatuhkan hukum zihar ke atas seorang isteri. Maka, para suami hendaklah berhati sungguh-sungguh dalam hal ini kerana apabila isteri telah terzihar, perbuatan itu adalah satu kesalahan, satu dosa dan kemungkaran. Ianya, kalau tidak disedari, akan membawa kepada kerosakan dan kecelakaan rnmah tangga. Dari dosa yang satu itu, ia akan membabitkan lain-lain dosa hinggakan apabila dosa-dosa itu berpanjangan, rumah tangga boleh porak peranda. Tidak ada keberkatan dan tidak ada rahmat daripada Allah SWT. Akibatnya, kalau sampai mati tidak kita sedari, masuk nerakalah kita.

Dan bukan sahaja tidak ada keberkatan dan tidak ada rahmat dari Allah SWT akan rumahtangga yang mana suaminya telah menziharkan isterinya, malah suami-suami yang telah menziharkan isteri itu di samping melakukan satu dosa dan kemungkaran, dia adalah dilarang oleh Allah SWT mencampuri isterinya. Ziharnya seorang isteri, ia tidak menjatuhkan talak tetapi para suami adalah dilarang mencampuri ataudengankata-kata lain mensetubuhi isterinya selagi dia belum rujuk kembali akan perbuatan ziharnya itu. Kalau sekiranya dia tidak menyedari tentang telah berlakunya zihar, dia pun menggauli isterinya, dia telah melakukan satu perbuatan dosa kerana melanggar larangan Allah SWT. Inilah yang dikatakan dosa yang bersambung-sambung. Dan dosa yang satu itu pula boleh bersambung-sambung lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Kerana itu, apakah yang mesti dibuat oleh seseorang itau sekiranya dia telah menziharkan isterinya? Apakah cara dia hendak rujuk kembali daripada perbuatannya itu? Firman Allah SWT di dalam Al Quran maksudnya: "Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, makes (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sahaya sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang dirasakan kepada kamu dan Allah Maha Mengetahui spa yang kamu kerjakan." Al Mujadalah : 3.

Dan di dalam firman yang berikutnya, Allah berkata lagi dengan maksudnya: "Barangsiapa yang tidak mendapatkan budak (hamba) untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa, wajiblah ke atasnya memberi makan 60 orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya seksaan-seksaan yang amat pedih."( Al Mujadalah.)

Di sini kita dapati betapa hukuman dari Allah ke atas perbuatan zihar ke atas isteri adalah begitu berat sekali. Selain dari Allah mengharamkan swami-swami yang telah menziharkan isteri jangan mencampuri gauli mereka setelah berlakunya zihar, Allah juga telah mensyaratkan kepada suami-suami yang hendak menarik kembali perbuatatmya itu dengan melakukan salah satu daripada berikut. Pertama dia hudaklah memerdekakan seorang hamba. Atau kedua, dia boleh berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Atau ketiga, dia boleh memberi makan kepada 60 fakir miskin.

Memerdekakan seorang budak atau hamba sudah tentulah tidak boleh dilakukan pada hari ini kerana perbudakan atau perhambaan sudah tidak ada lagi. Dengan sendirinya syarat yang pertama ini menajdi mansuh. Maka seorang suami itu mestilah menjalankan syarat yang kedua pula iaitu dia mestilah berpuasa selama dua bulan berturut-turut iaitu, tidak boleh terputus di antaranya. Kalau sekiranya terputus, walaupun sudah 59 hari dia berpuasa, seluruhnya telah terbatal dan dia mesati mengulang kembali puasa itu bertolak dari mula. Dan yang ketiga, kalau sekiranya dia tidak mampu berpuasa dua bulan berturutturut itu, dia boleh memberi makan kepada 60 orang miskin. Orang miskin yang dimaksudkan di sini ialah orang miskin yang menerima zakat fitrah. Dan tiap-tiap seorang itu mesti diberi secupak beras daripada jenis yang dikeluarkan untuk zakat fitrah. Ertinya, dia mesti mengeluarkan 60 cupak beras untuk memberi makan kepada 60orang fakir miskin.

Cara memberi makan kepada 60 orang fakir miskin dengan tiaptiap seorang diberi secupak beras, boleh dibuat secara beransur-ansur. Katalah mula-mula dia ada 4 cupak beras, maka dia boleh beri kepada empat orang fakir miskin lebih dahulu. Kemudian apabila dia berkemampuan lagi sebanyak 5 cupak misalnya, dia bolehlah berikan kepada 5 orang miskin yang lain. Begitulah yang boleh dibuatnya sehingga genap 60 orang. Setelah genap 60 orang fakir miskin diberinya, barulah dia boleh mencampuri isterinya semula. Selagi belum habis 60 orang yang diberinya makan, dia belum boleh mencampuri isterinya.

Di sini dapatlah kita perhatikan betapa hukuman Allah ke atas orang yang menzihar isterinya adalah amat berat sekali. Kalau di zaman perbudakkan dan perhambaan masih ada, bagi memerdekakan seorang budak atau hamba bukannya mudah. Hamba atau budak terpaksa dibeli dengan harga yang mahal. Kemudian untuk melakukan puasa 60 hari berturut-mrut juga bukan mudah. Ia tidak boleh putus di antaranya. Sementara itu, tidak pula boleh kita tinggalkan begitu saja. Kenalah kita usahakan dulu membayar denda zihar itu dengan berpuasa. Setelah dicuba-cuba tetapi tidak boleh juga, barulah dilakukan syarat yang ketiga iaitu memberi makan 60 orang miskin. Dan ini juga bukan mudah. Mengapakah Allah mengenakan hukuman yang begitu berat kepada suami yang melakukan zihar ke atas isterinya? Cuba kita lihat kembali firman Allah dalam ayat 2 di atas tadi yang maksudnya: "Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya) padahal tidaklah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka."

Ertinya, seorang suami yang menyamakan isterinya dengan ibu-ibu mereka, Allah amat melarang sama sekali kerana ibu-ibu mereka itu tidaklah lain hanya orang-orang yang melahirkan mereka. Kerana itu, masakan isteri-isteri boleh disamakan atau diserupakan dengan ibu-ibu mereka. Sebab itulah Allah mengenakan hukuman yang amat berat.

Nanti ada pula orang yang akan berkata, kalau hukuman sudah terlalu berat hingga tidak dapat hendak dilaksanakan, maka lebih baiklah ceraikan saja isteri itu. Nampaknya satu jalan mudah untuk mencari jalan keluar kepada masalah timbul. Allah sekali-kali tidak membenarkan demikian, kerana penceraian yang Allah galakkan atau yang Allah redhakan ialah perceraian yang wajib atau yang sunat. Malah kalau perceraian yang harus pun, masih Allah benarkan. Tetapi kalau perceraian haram ataupun makruh, ianya tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT. Malah, seorang itu telah melakukan perbuatan dosa. Dosa zihar belum dibayar, dosa bercerai pula timbul. Jadi, bercerai atau menceraikan isteri setelah tidak mampu membayar hukum zihar, bukan satu cara yang dibenarkan oleh syariat.

Perlu kita ingat bahawa setiap apa yang kita lakukan, ia tidak terkeluar dari 5 hukum iaitu hukum wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Kalau perbuatan yang termasusk ke dalam hukum wajib dan sunat, ia mendatangkan pahala. Manakala perbuatan yang harus, dibuat pun tidak salah, ditinggalkan pun tidak apa-apa. Tetapi, kalau perbuatan yang termasuk dalam hukum haram, ia mendatangkan dosa. Manakala perbuatan yang termasuk dalam hukum makruh, Allah amat membencinya. Kedua-dua ini boleh menyebabkan azab sengsara kepada kita. Sebab itu, tidak boleh kita lakukan. Maka itu, bercerai disebabkan berlakunya zihar, tentunya syariat tidak membenarkan kerana zihar itu sendiri adalah perbuatan dosa dan mungkar.

Jadi, bercerai setelah menziharkan isteri kerana dirasakan itu adalah jalan keluar yang mudah, tidak boleh dilakukan. Sebab itu, para suami hendaklah berhati-hati dalam membangun dan mendirikan rumahtangga. Janganlah mudah-mudah kita mengeluarkan perbuatan kepada isteri kita. Lebih-lebih lagi perbuatan-perkataan yang memberi makna zihar, sama ada secara terang-terangan ataupun secara sindir. Kalau sudah berlaku hendak menebusnya kembali bukan mudah. Itu pun, kalau kita sedar yang kita telah melakukan kesalahan, kerana kita mengetahui hukum hakam berumah tangga. Kalau kita jahil, kesalahan yang kita lakukan itu akan terbiar begitu saja. Akibatnya, dosa itu akan berpanjangan dan berterusan. Kalau sepuluh tahun yang lalu misalnya kita telah menziharkan isteri kits, sedangkan dalam masa sepuluh tahun itu kits telah terus menerus mencampuri isteri kita itu hingga melahirkan beberapa orang anak, bayangkan sajalah dosa yang telah kits lakukan.

Beginilah terjadinya kepada masyarakat Islam hari ini. Kerana kurangnya ilmu pengetahuan di bidang hukum kekeluargaan, hinggakan persoalan talak isteri dan sebagainya tidak diketahui langsung, ada berlaku di tengah-tengah masyarakat, suami-suami yang telah memain-mainkan talak ke atas isteri sampai berkali-kali. Pendek kata setiap kali bergaduh dia lafazkan talak. Ada setengah orang melafazkan talak tiga sekali gus ke atas isteri, kemudian dia menyesal.

Cubalah bayangkan, keadaan rumahtangga yang berkecamuk seperti itu. Talak telah dilafazkan berkali-kali sedangkan syariat hanya membenarkan tiga kali saja. Dan setelah tiga kali, tidak ada jalan lagi untuk merujuk kembali isteri yang telah ditalak tiga kali itu. Hanya setelah isteri itu berkahwin dengan seorang yang lain dengan jalan yang sah dan dengan jalan tidak ada tipu helah seperti yang dikatakan orang jalan 'cina buta', setelah bercerai keduanya, barulah suami yang asal boleh mengambil kembali isterinya. Ertinya, setelah isteri dicerai sebanyak tiga kali, jalan untuk kembali semula sudah terputus.

Kerana itu, soal membangunkan rumahtangga bukanlah satu perkara yang mudah. Lafaz, "Aku terima nikahnya..." itu adalah lafaz yang besar yang membawa kita memikul satu amanah Allah. Dengan lafaz itu, seorang wanita itu telah dihalalkan oleh Allah SWT kepada suaminya. Suami kenalah menjaganya dengan penuh tanggung jawab kepada hukum hakam Allah SWT dan Rasul-Nya. Cuma sebagai hamba Allah, kita tidak sunyi dengan melakukan salah silap. Kenalah banyak-banyak kita memohon ampun serta bertaubat kepada Allah SWT. Firman Allah di dalam Al Quran, bermaksud: "Bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu semua mendapat kemenangan dan kebahagiaan."-AnNur:31.

Di sinilah rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat yang beriman kepadaNya. Makam makam kita yang lemah-lemah ini adalah makam orang yang selalu membuat dosa, membuat salah dan silap. Sebab itu, kita mesti selalu menyesali diri kita, kita mesti selalu merintih diri kita yang lemah dan serba dhaif ini. Allah saja yang Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Gagah serta Maha Mengetahui segala-galanya. KepadaNya sajalah kita meminta pertolongan dan perlindungan. Lebih-lebih lagi, kepadaNya sajalah kita meminta ampun segala dosa dan kesalahan.

Jangan kita biarkan dosa berselaput di dalam diri kita kerana selagi dosa berselaput di dalam diri kita, selama itulah hati kita akan hitam dan berkarat. Ini akan menyebabkan kita menolak dan menentang kebenaran. Ini akan menyebabkan kita susah hendak melaksanakan perintah-perintah Allah. Maka itu, dosa-dosa yang menyebabkan hati kita berkarat itu hendaklah kita kikis dan kita buang. Dan jalan untuk mengikis dosa ialah melalui bertaubat. Dan bertaubat itu pula ialah taubat yang sebenar-benar dan bersungguh-sungguh sepertimana firman Allah, maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua bertaubat kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya." -At Tahrim:8.

Taubat yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam syat di atas, menurut Imam Ghazali .h.m adalah taubat yang menempuh tiga jalan. Pertama, mestilah ditinggalkan maksiat itu sungguh-sungguh. Kedua, menyesal di atas perbuatan danyang ketiga, tidak akan kembali ke atas perbuatan dosa itu. Melalui taubat yang demikian, had yang berkarat itu akan boleh dihapuskan perlahan-lahan.

Dengan kerana itu, hendaklah kita ingat sungguh-sungguh akan tugas dan tanggungjawab kita sebagai suami atau bakal-bakal suami. Isteri bukan boleh dipermudah-mudahkan dan dipermain-mainkan. Zihar dan juga talak, jangan mudah-mudah dilafazkan kerana kalau berlaku, denda atau hukumannya adalah amat berat. Seseorang yang telah menzihar isterinya tidak diizinkan oleh Allah untuk mencampur gaul isterinya selagi belum dilaksanakan denda-denda baginya. Mencampur gauli isteri yang telah diziharkan adalah perbuatan dosa. Walaupun dosanya itu tidak sebesar dosa zina, tetapi kalau kita tidak menyedarinya sampai bertahun-tahun, dosa yang kita lakukan itu akan bertokok tambah dan berkait-kait.

Sebagai tambahan yang perlu kita ketahui dalam memperkatakan hukum zihar ini, ia hanya berlaku apabila suami yang menziharkan isteri. Tetapi kalau isteri yang menziharkan suami, hukum zihar tidak berlaku. Misalnya, isteri yang melafazkan, "Tangan abang ini betul macam tangan emak." Atau, "Muka abang ini betul macam muka nenek." Atau lain-lain lafaz yang menyerupakan suami dengan ibu, nenek atau lain-lain yang menjadi muhramnya. Tidak berlaku hukum zihar, namun ia tetap tidak baik kerana dianggap berkata sia-sia kepada suami. Ucapkanlah kepada suami yang baik-baik, agar ia mendatangkan pahala. Perkataan yang sia-sia tidak mendatangkan pahala kepada kita.

"wallahu a'alam bil muradik "



Thursday, 3 May 2012

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT.


6 SEKSAAN DI DUNIA

•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya



3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI


•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR


•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH


•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak




Saturday, 24 March 2012

BUKAN BLUETOOTH, BUKAN WI FI.


Agak melucukan! Begitu tanggapan awal saya saat membaca sebuah perumpamaan moden yang memperkatakan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam menanggapi perhubungan sesama mereka.

“Men are like Bluetooth. He is connected to you when you are nearby, but searches for other devices when you are away. Women are like Wifi. She sees all available devices, but connects to the strongest one.”

“Hmmm…bila teknologi terkini dijadikan perumpamaan manusiawi…siapalah pengarangnya. Bagaimana agaknya kalau ayat itu diubah sedikit.” Saya berbisik sendiri.

“Men are like Bluetooth, you are next to him, then he stays connected. You go away, he finds for new devices. And a lady, however, is like Wifi. Many devices can connect to her as long as she is not secured. ”

Bibir saya terus menguntum senyum.

“Mungkin kerana itu, ada yang berpandangan bahawa pencarian seseorang yang ‘betul’ dan tepat bagi diangkat sebagai pasangan hidup yang serasi dan membawa bahagia,seumpama mencari sehelai rumput paling cantik.” Bisikan saya bertali.


PENCARIAN

Suatu ketika, seorang guru yang bijaksana sedang berteduh di bawah sepohon pokok yang agak besar dan rendang. Bersamanya seorang pelajar yang masih muda tetapi gemar bertanya dan mengutip pengalaman daripada yang lebih berusia darinya.

“Guru, bagaimana kita dapat mencari pasangan hidup yang sejati? Bolehkah guru membantu saya?” Tiba-tiba pelajar itu menyoal.

Sang guru tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung jauh ke tengah kehijauan padang.

“Wahai muridku, saya akui soalanmu ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....” Sang guru membuka bicara.

“Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk mundur semula. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput paling cantik, ambil dan berikan kepada saya.”Sang guru mengarahkan.

Tanpa banyak bicara, pelajar itu menurut. Langkahnya diatur ke tengah padang yang luas. Dia berjalan sambil matanya melilau mencari sehelai rumput paling cantik menurut perkiraannya untuk diberikan kepada sang guru.

Namun, selang beberapa ketika…

“Saya tidak melihat sehelai rumput pun pada tanganmu?” Sang guru bertanya bila dilihat pelajarnya itu kembali ke bawah pohon besar dengan tangan kosong.

“Saya berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja mata saya tertancap pada sehelai rumput yang saya rasakan paling cantik, hati saya pula menyanggah : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini.

Lalu, rumput itu saya tinggalkan dan pencarian diteruskan. Namun akhirnya, tanpa saya sedari saya sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...” Ujar pelajar itu dalam nada keletihan.

Mendengar jawapan balas pelajarnya, sang guru yang bijaksana tersenyum penuh makna.

“Inilah realiti hidup....Padang yang luas itu, umpama masa, rumput-rumput yang banyak itu umpama orang ramai di sekelilingmu, manakala rumput yang cantik pula adalah individu yang menarik perhatianmu. Justeru, keadaanmu tadi banyak berlaku dalam hidup manusia dalam mencari cinta sejati. Mereka mencari, bertemu yang menambat hati, tetapi dek mengenangkan mungkin ada yang lebih baik dari yang telah ditemui, mereka teruskan mencari sehingga tanpa sedar, sudah banyak masa yang terbuang, sudah banyak tenaga yang hilang. “ Sang guru menjelaskan penuh hikmah.

“Oleh itu, dengarkan nasihatku ini. Dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...” Sang guru menutup bicara disambut anggukan yang tidak putus dari pelajarnya.


PANDUAN ILAHI

Tidak perlu bertegang urat mempertahankan sama ada perumpamaan-perumpamaan di atas benar atau tidak, kerana sebagai seorang muslim, Islam telah menggariskan panduan yang amat adil lagi bijaksana dalam menentukan kriteria pasangan yang baik menurut kacamata agama.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda :

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; [pertama] kerana hartanya, (kedua) keturunannya, (ketiga) kecantikannya, dan (keempat) agamanya. Maka, carilah yang baik agamanya, jika tidak maka kamu akan tersungkur fakir.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Di dalam hadis ini baginda SAW menyatakan bahawa faktor pendorong seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita itu ada empat iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama, dan di akhir hadis baginda SAW memerintahkan agar memilih wanita yang baik agamanya serta memberikan dorongan untuk mencapai tujuan tersebut. Demikian juga, panduan ini turut terpakai ke atas wanita dalam mencari lelaki yang akan menyuntingnya sebagai suri.

Walaupun begitu, bukanlah satu perkara yang tercela jika seorang lelaki atau wanita itu memperhatikan faktor keturunan, kecantikan dan harta asalkan dia tidak meniggalkan faktor terpenting iaitu agama. Ini kerana, agama menjadi batas yang menghadkan perkataan dan perbuatan seseorang dari melampaui kadar yang sepatutnya yang telah ditentukan agama.

Sebagaimana satu riwayat yang menyatakan seorang lelaki datang kepada Imam Hassan al Basri dan berkata kepada beliau :

“Sesungguhnya saya memiliki seorang puteri yang saya cintai dan banyak orang ingin melamarnya, maka apakah pandanganmu kepadaku wahai Hassan al Basri ?”

“Nikahkanlah dia dengan lelaki yang takut kepada ALLAH kerana jika dia menyintai anakmu maka dia akan memuliakannya dan jika dia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya”. Hassan menjawab penuh keyakinan.

Sungguhpun demikian, walau sesukar manapun cabaran yang ditempuhi dalam misi pencarian si pecinta sejati, sama ada ia melahirkan tawa ceria mahupun esakan hiba, apa yang selalu diharapkan dari perhubungan antara dua jiwa ini adalah keberkatan. Wujudnya keberkatan sebagai peneman kehidupan berumahtangga, bermakna, lorong-lorong perhubungan antara lelaki dan wanita yang bergelar suami dan isteri itu selalu tampil aman dan sejahtera biar sesempit apapun lorong tersebut untuk diselusuri bersama.


JODOH TIDAK SEPADAN

Untuk itu, perkara pertama perkara yang perlu diinsafi dalam mencari yang terbaik mengikut kacamata agama ini, iaitu diri sendiri yang turut menyumbang kepada sama ada harmoni atau berantakannya rumahtangga yang akan dibina kelak. Lantaran itu, mencari yang soleh atau solehah perlu beriringan dengan menjadi yang soleh atau solehah juga.

Firman ALLAH SWT :

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ

Maksudnya : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” ( Surah an Nur ayat 26 )

Saya pernah ditanya berkenaan ayat ini, iaitu bagaimana jika seseorang itu sudah memperbaiki diri, setelah berusaha mencari dan mendapatkan pasangan yang dirasakan mampu bersam-sama mengharung suka dan duka, tetapi setelah berkahwin, dia mendapati jodohnya itu tidak sebaik dia?

Saya memberikan jawapan.

“Selagi mana tumpuan kita dalam perkahwinan adalah ‘dia’ ( pasangan ) dan bukannya diri sendiri ( saya ), maka selama itulah kita seakan terlepas pandang bahawa penegasan ayat ini sewajarnya lebih dulu ditumpukan kepada pembaikan diri sendiri terlebih dulu dan bukannya orang lain. Lalu usaha untuk menjadi lelaki atau wanita yang baik ( soleh atau solehah ) sebelum atau selepas akad berlangsung, haruslah berterusan dengan tidak menggantungkan apa-apa perkara yang berada di luar ‘saya’.

Sungguhpun lelaki sebagai seorang suami, manakala wanita bergelar isteri, kedua-duanya memiliki perbezaan yang ketara, tetapi andai keduanya bersinergi mengikut acuan agama, ia pasti menghasilkan mithaaqan ghalizaa iaitu satu perjanjian yang utuh sesuai dengan firman-NYA :

كَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا

Maksudnya : “Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” ( Surah an Nisa’ ayat 21)

Perjanjian antara suami isteri yang sedemikian kukuh, sehingga jika mereka terpisah di dunia kerana kematian, maka mereka tetap dipertemukan kembali oleh ALLAH SWT di akhirat setelah kebangkitan. Sebagaimana firman-NYA dalam surah Yasin ayat 56 yang bermaksud :

“…mereka bersama pasangan-pasangan mereka bernaung di tempat yang teduh.”


TELADAN AL QURAN

Ada beberapa kisah yang ditampilkan ALLAH SWT menerusi kitab-NYA yang mulia, iaitu al Quran. Kisah beberapa pasangan suami isteri yang amat menarik untuk kita telusuri, mengambil ibrah dan pengajaran padanya yang penuh beerti untuk kehidupan ini.

Kisah-kisah tersebut boleh kita simpulkan kepada dua kategori :

1) Pasangan yang bersama di dunia, tapi terpisah di akhirat.

2) Pasangan yang terus bersama, di dunia dan akhirat sana.

Kisah pasangan suami isteri bagi kategori pertama ditampilkan oleh ALLAH SWT di dalam al Quran melalui kehidupan berumahtangga Nabi Nuh a.s dan Nabi Lut a.s yang mana kedua-duanya mengahwini wanita penderhaka kepada Yang Maha Esa, manakala sebuah kisah lain yang turut tersenarai di bawahnya ialah kisah Permaisuri Asiah dan pasangannya Fir’aun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan yang layak diserahkan pengabdian.

Gambaran pasangan ( isteri ) yang buruk disebutkan dalam ayat berikut :

ضَرَبَ اللهُ مَثَلاَ لِلَّذِيْنَ كَفَرُوا امْرَأَةَ نُوْحٍ وَامْرَأَةَ لُوْطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا الصَّالِحِيْنَ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللهِ شَيْئًا وَقِيْلَ ادْخُلاَ النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِيْنَ

Maksudnya : “ALLAH menjadikan isteri Nabi Nuh dan istri Nabi Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah ikatan pernikahan dengan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami. Lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suami mereka, maka kedua suami mereka itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari siksa ALLAH, dan dikatakan kepada keduanya: ‘Masuklah kalian berdua ke dalam neraka bersama orang-orang yang masuk neraka’.” ( Surah At-Tahrim ayat 10 )

Sementara gambaran pasangan ( suami ) yang jelek pula diketengahkan oleh-NYA melalui ayat :

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Dan ALLAH membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-MU dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.”( Surah at Tahrim ayat 11 )


NIAT PENENTU BERKAT

Paling menarik, bagi kategori kedua pula, ialah dalam banyak kisah pasangan bercinta yang dirakamkan al Quran, ada sebuah kisah cinta sejati yang amat perlu dijauhi.

Kisah itu adalah catatan perjalanan cinta pasangan ‘musuh’ ALLAH yang kehidupan mereka serasi bersama, dipenuhi agenda menzalimi, menyakiti dan menjadi duri kepada kehidupan Nabi SAW dan kaum muslimin. Begitulah aktiviti yang dilakukan oleh Abu Lahab dan isterinya yang mana kisah mereka dilontar penuh hina oleh ALLAH sebagaimana firman-NYA di dalam surah al Lahab. Mereka Bersama di dunia, dan terus setia bersama hingga ke neraka-NYA.

Oleh itu, sewajarnya bagi individu muslim yang baik pemahaman agamanya, menyedari bahawa bila sahaja menyebut tentang kemuliaan yang dikurniakan ALLAH menerusi ujian kehidupan, kemungkinan yang tiba antaranya adalah dari ujian berumahtangga. Lalu, dengan memahami itu, sewajarnya tindakan paling awal yang harus dipraktiskan ialah menyubur sabar di samping usaha yang tuntas untuk membawa rumahtangganya ke jalan kebenaran.

Hakikatnya, tiada siapa dapat menebak sejauh mana ‘baik’ yang berada dalam dirinya berbanding pasangan. Ini kerana kemungkinan yang dijadikan kayu ukur dan dacing penimbang keserasian hanyalah dari aspek luaran semata. Sedangkan andai diukur dari aspek dalaman rohani masing-masing, kemungkinan pasangannya itu lebih baik dari sudut keikhlasan kepada ALLAH SWT. Ingatlah, merasa baik selalu menjadi halangan tanpa sedar kepada usaha yang lebih jitu lagi untuk memperbaiki diri ke tahap selanjutnya.

Musuh kepada terbaik adalah baik!

Oleh itu, niat dari awal perlu dipastikan berada betul di atas landasan. Niat ketika menetapkan kriteria-kriteria bakal pasangan. Niat ketika melihat bakal raja dan ratu hatinya. Niat ketika menyatakan persetujuan untuk bertunang. Niat ketika gerbang pernikahan melebarkan pintunya dan niat-niat lain seterusnya.

Niatlah yang akan menjadi timbang tara awal kepada keberkatan dalam jalan-jalan kehidupan berumahtangga.

Dan sudah pasti niat unggul seorang mukmin sejati itu hanya satu, demi meraih reda ILAHI; mengharapkan perhubungan yang terjalin berhias kasih yang suci berbumbungkan teduhan rahmat dari Yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi.


BUKAN BLUETOOTH, BUKAN WIFI….

Buat akhirnya, mari kita insafi bersama bahawa dalam mendambakan keserasian pasangan, mengimpikan pencinta sejati baik dari lelaki atau perempuan sampai tangan keduanya berpimpin erat sebagai suami isteri, semua itu bertitiktolak dari keburukan dan kemuliaan yang dijana pada setiap individu di dalamnya. Ia adalah hasil dari pilihan diri mereka masing-masing.

Mungkin sahaja mereka berkahwin dengan seseorang yang sangat angkuh, buruk akhlak dan bermasalah moral yang dahsyat sehingga mengaku dirinya TUHAN, sebagaimana Asiah yang bersuamikan Si Mahazalim Firaun, tetapi akidah Asiah tetap utuh terpelihara lalu dengan yakin dia memohon Syurga dari Yang Maha Esa.

Seseorang itu juga mungkin sahaja menikahi individu yang sangat mulia dari kalangan manusia sebagaimana isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut alaihimassalam, tetapi kemuliaan si suami tidak berkesan sedikitpun kepada diri keduanya lalu mereka menjadi hamba yang ingkar dan bakal menghuni neraka yang menyala.

Untuk itu, bagi yang telah menemui ‘kekasih sejati’ dalam kehidupan rumahtangganya, berdoalah dengan tulus agar kerukunan rumahtangga anda dan pasangan yang dikasihi bersama di di dunia hingga ke syurga abadi, bukan sekadar hingga ke akhirat kerana al Quran sudah merakamkan perihal pasangan yang riwayat hidupnya 'berjuang' bersama di dunia, dan di akhirat kelak mereka masih setia berdua, tetapi pengakhiran mereka bukan di syurga, tetapi dalam neraka yang sungguh menyeksa.

Sementara kepada yang belum dan masih dalam pencarian, sudah pasti bukan jejaka ‘Bluetooth’ atau wanita ‘Wifi’ yang diinginkan oleh seorang muslim dan muslimah beriman, tetapi individu yang menjadikan cinta ALLAH dan Rasul-NYA sebagai cinta paling teratas. Individu sebegini memuliakan diri dan pasangannya dengan mendepankan syari’at ILAHI lalu mereka tahu kerana apa mereka berada di sisi pasangannya dan kerana apa pula mereka menjauh diri dari pasangannya pada satu-satu ketika. Kerana ALLAH, hanya DIA menjadi sebab utama!

Ingatlah, seseorang itu juga mungkin tidak berkesempatan mempunyai seorang suami atau isteri pun bagi melengkapi kebahagiaan hidupnya di dunia ini sebagaimana Maryam ibunda Nabi Isa a.s, tetapi keadaan itu tetap melayakkannya menjadi antara individu ( wanita ) paling terpandang di sisi Yang Maha Kaya.

Justeru, pilihlah jalan-jalan yang membawa diri kepada-NYA, pasangan hanyalah salah satu jalan untuk bahagia, sedang ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itulah sebenar-benar sumber kebahagiaan.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyALLAH.


http://ummuhusna99.blogspot.com/2012/03/bukan-bluetooth-bukan-wifi.html#more

Wednesday, 21 March 2012

9 MIMPI RASULULLAH



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kredit to : Mohamad Asyraff
Pesanan: Tolong klik SHARE dan TAG pada rakan-rakan ya? sama-sama ingat mengingati sesama MUSLIM. insyaallah.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2958135605528&set=a.2038469094440.111211.1625663908&type=1&theater

Tuesday, 21 February 2012

CARILAH UNTUKMU SEORANG IMAM.


Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

Biodata Penulis

Ahmad Syafiq Bin Jusoh Merupakan penuntut di yarmouk university dalam bidang syariah pengkhususan fiqh dan usul fiqh. Sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Beliau pernah berkhidmat sebagai imam dan guru tahfiz sebelum melanjutkan pengajian ke jordan. Beliau berkongsi karya di http://www.myilham.com.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin